Hi, how can we help?

[Produk Digital] Insurans/Takaful Motosikal - Polisi/Sijil dan Tuntutan

Bahasa Malaysia | English

 

1) Apakah maksud status polisi insurans atau sijil takaful saya?
Perlu Dibayar: Kami masih belum menerima bayaran anda. Sila buat bayaran untuk meneruskan polisi atau sijil anda.
Aktif: Polisi atau sijil anda telah berjaya dikeluarkan dan kini aktif.
Belum Aktif: Polisi atau sijil anda telah berjaya dikeluarkan dan akan bermula pada tarikh mula yang dipilih.
Belum Dikeluarkan: Kami masih menunggu pengesahan dan pengeluaran polisi atau sijil anda daripada pihak penanggung insurans atau pengendali takaful.
Tamat Tempoh: Polisi atau sijil anda telah berakhir dan tidak diperbaharui.
Dibatalkan: Polisi atau sijil anda telah dibatalkan atau ditolak oleh penanggung insurans atau pengendali takaful.

 

2) Bilakah saya akan menerima polisi insurans/sijil takaful saya? 

Anda sepatutnya menerima e-polisi/e-sijil melalui e-mel daripada syarikat insurans/pengendali takaful dalam tempoh 24 jam selepas pembelian/penyertaan. Jika anda belum menerima e-polisi/e-sijil, ia mungkin disebabkan oleh salah satu sebab berikut:

(a) Kenderaan anda ditolak oleh JPJ; atau
(b) Perkhidmatan syarikat insurans dan/atau JPJ sedang dalam penyelenggaraan.

 

Sila rujuk di sini untuk menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful bagi mendapatkan bantuan.

 

3) Bagaimanakah saya menerima dokumen polisi/sijil selepas memperbaharui insurans/takaful motosikal saya?
Setelah anda berjaya membeli/menyertai insurans/takaful motosikal, anda akan menerima dokumen e-polisi/e-sijil melalui e-mel daripada syarikat insurans/pengendali takaful dalam tempoh 24 jam dari tarikh pembelian/penyertaan berjaya.

 

Untuk Allianz Motorcycle Plus – e-polis anda telah disulitkan untuk tujuan keselamatan. Untuk melihat polis, gunakan 6 digit terakhir NRIC/IC Lama/Nombor Pasport anda (tidak termasuk aksara khas dan ruang).
Contoh: Untuk NRIC 790416123456, kata laluan ialah 123456.

 

4) Bagaimana saya mendapatkan bantuan semasa kecemasan atau kemalangan?

Sekiranya berlaku kemalangan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

(a) Hubungi Bantuan Tepi Jalan syarikat insurans/pengendali takaful; rujuk di sini bagi mendapatkan maklumat hubungan.
(b)  Syarikat insurans/pengendali takaful akan memberi nasihat mengenai bengkel panel/pembaiki yang diluluskan untuk dikunjungi dan menyediakan bantuan menunda kenderaan jika diperlukan.

(c) Kumpulkan bukti kemalangan, seperti :
  1. masa dan tempat
  2. kerosakan pada kenderaan
  3. maklumat kenderaan dan hubungan pihak lain (jika berkenaan).

(d) Buat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan.

 

5) Bagaimana saya membuat pengendorsan, pembatalan, dan perubahan pada polisi insurans saya setelah membeli melalui platform Shopee?
Anda boleh menghantar permohonan kepada syarikat insurans/pengendali takaful. Sila hubungi syarikat insurans untuk mendapatkan bantuan.

 

6) Bagaimana saya membuat tuntutan atau mendapatkan kemas kini mengenai tuntutan saya?
Sila rujuk di sini untuk mengetahui langkah-langkah membuat tuntutan. Sila layari laman web syarikat insurans untuk mendapatkan maklumat selanjutnya..

Untuk Allianz Motorcycle Plus -  Rujuk di sini untuk langkah demi langkah membuat tuntutan. Sila lawati laman web Allianz untuk maklumat lanjut.

Untuk Zurich Z-Rider dan Z-Rider Takaful -  Rujuk di sini untuk langkah demi langkah membuat tuntutan. Sila lawati laman web Zurich/Zurich Takaful untuk maklumat lanjut.


Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied